Wednesday, July 7, 2010

1st achievement- Payoff PTPTN

Alhamdulillah....rasa sangat bersyukur pada Allah yang telah memudahkan/memberkati/ mencukupkan rezeki yang " banyak ini'.....pada 5/7/2010, aku telah membuat pembayaran penuh PTPTN yang berjumlah beribu-ribu lemon....hasil duit simpanan aku sendiri...sesekali rasa macam tidak percaya....

Setelah melalui banyak kekangan dan terpaksa berjimat-cermat, akhirnya targetku utk menyelesaikan HUTANG ptptn sebelum berkahwin termakbul....bukan mudah sebenarnya merancang kewangan yang " serba banyak" untuk memenuhi keperluan hidup yang lain...kehendak dan keperluan semakin banyak dan MAHAL...

Banyak " kehendak-kehendak' ku yang terpaksa aku tolak tepi dahulu demi menyelesaikan sasaran ini.
sesekali melihat orang nampak mewah dengan segala barang yang hebat-hebat, sesekali hati jadi mahu, tapi aku kuatkan semangat...

Targetku yang seterusnya...menguruskan perbelanjaan perkahwinan ( iallah by Nov) yang jumlahnya juga beribu lemon ini dengan duit simpanan sendiri tanpa perlu berhutang dengan sesiapa....walaupun sering pening untuk mengatur balik budget yang sedia ada yang memang " dah tercukup" ini...

cuma aku selalu berdoa pada Allah...Ya Allah, cukupkan/ berkatilah/ lapangkan rezeki dariMu semoga aku dapat hidup serba ada dan tidak menjadi manusia yang banyak berhutang.....Amin....

No comments:

Newer Post Older Post Home